Cerita Tok Usin Senyum : Part 1

Budak diwaktu Maghrib

Malam itu malam Jumaat dalam tahun 1997. Rutin bagi Sabri pergi ke gelanggang Silat nya di Kampung Kerian. Dia ke gelanggang setiap malam Jumaat bagi menyambung belajar jurus senjata yang mana di Sekolah dia cuma belajar jurus pukul sahaja.
Sabri yang pada masa itu darjah 5 bukanlah begitu minat dengan silat tapi disebabkan kawan-kawannya belajar, dia pun turut sama belajar.
Kebiasaan Sabri dan kawan-kawannya akan berbasikal selepas waktu solat maghrib.
Di dalam perjalanan ke gelanggang mata Sabri nampak susuk seorang budak kecil usian lingkungan 2 3 tahun sedang bermain di hujung padang. Budak itu kelihatan seperti memanjat bukit kecil. Berbisik hati Sabri. " mana lah mak budak ni ,Waktu senja2 begini dibiarkan main tepi padang."  Sabri waktu itu lansung tidak berasa pelik atau janggal dengan keadaan itu. Dia cuma terus mengayuh basikalnya bersaing dengan kawan-kawannya menuju ke gelanggang silatnya.
Malam itu sesudah selesai lafihan kebiasaan mereka akan bermalam disana.sambil baring-baring sebelum lelap mereka bersembang kosong melayan mata. Mereka bersembang hingga tinggal Sabri dan rakannya Nik Wan sahaja yang bersembang. Sabri yang teringat kejadian maghrib tadi terus bercerita pada Nik Wan rakannya. "Masa dalam perjalanan tadi ko nampak tak ada budak kecik main hujung padang panjat bukit kecik? " tanya Sabri. " budak kecik? kat padang mana Sabri?" Nik Wan menyambut pertanyaan Sabri sengan soalan. "Alaaa padang yang dalam pagar sebelum simpang ke kampung Kerian ni". Jawab sabri.
" ko jangan main gila Sabri, padang tu semak samun. Mana ada budak kat situ tadi" bingkas Nik Wan.
Sabri tenang merasakan mungkin kawanya itu terlepas pandang diam sahaja mendengar kata kawannya itu.

Perbualan dua orang sahabat itu tanpa disedari ada yang mencuri dengar.
Abang Nik Rosdi salah seorang pengajar di gelanggang itu masuk ke tenpat tidur lalu duduk diantara kedua sahabat itu. "Korang tak tidur lagi?. Cerita apa je ni?". Tanya Abang Nik Rosdi. Dua sahabat agak terkejut kedatangan pengajar mereka itu.
" kami sembang-sembang kosong bang layan mata belum mengantuk". Jawab Nik Wan.
Abang Nik Rosdi tersenyum mendengar jawapan Nik Wan. Dia biasa dengan budak-budak tersebut kerana dia juga mengajar mereka di Sekolah.
" tadi abang dengar korang cerita pasal budak kecik panjat bukit kecik waktu senja. Betul ke?". Tanya abang Nik Rosdi.
" Betul bang, saya nampak tadi. Cuma saya tak ada pah hairan sangat sebab anak-anak kampung nakal biasa balik lewat-lewat senja." Kata Sabri.
Abang Nik Rosdi cuma senyum mendengar cerita Sabri.
" kalau korang nak tau yang Sabri nampak tadi tu Toyol. Toyol memang berupa budak kecik. Dia panjat bukit kecik atau busut tu sebab tak bertuan. " cerita Abang Nik Rosdi.
Kedua sahabat itu cuma mengangguk kerana tidak berapa faham apa itu toyol.

" bang toyol tu apa bang?" Tanya Nik Wan.
Tergelak besar Abang Nik Rosdi. " laa korang tak tau apa tu toyol ke?. Tak apalah nanti korang tau la sendiri nanti.sekarang tidur, esok pagi nak solat subuh dan balik." Arah abang Nik Rosdi lalu bangu dan meninggalkan kedua sahabat tersebut. Hati Abang Nik Rosdi lega kerana kedua anak muridnya itu tidak kenal toyol kerana takut mereka berasa seram.
Kedua sahabat tersebut terkulat-kulat tanpa penjelasan dari Abang Nik rosdi.
Keesokan harinya Sabri, Nik Wan dan rakan-rakan yang lain pulang sesudah solat subuh.

Comments