Posts

Cerita Tok Usin Senyum : Part 1

Budak diwaktu Maghrib Malam itu malam Jumaat dalam tahun 1997. Rutin bagi Sabri pergi ke gelanggang Silat nya di Kampung Kerian. Dia ke gelanggang setiap malam Jumaat bagi menyambung belajar jurus senjata yang mana di Sekolah dia cuma belajar jurus pukul sahaja. Sabri yang pada masa itu darjah 5 bukanlah begitu minat dengan silat tapi disebabkan kawan-kawannya belajar, dia pun turut sama belajar. Kebiasaan Sabri dan kawan-kawannya akan berbasikal selepas waktu solat maghrib. Di dalam perjalanan ke gelanggang mata Sabri nampak susuk seorang budak kecil usian lingkungan 2 3 tahun sedang bermain di hujung padang. Budak itu kelihatan seperti memanjat bukit kecil. Berbisik hati Sabri. " mana lah mak budak ni ,Waktu senja2 begini dibiarkan main tepi padang."  Sabri waktu itu lansung tidak berasa pelik atau janggal dengan keadaan itu. Dia cuma terus mengayuh basikalnya bersaing dengan kawan-kawannya menuju ke gelanggang silatnya. Malam itu sesudah selesai lafihan kebiasaan mere